Monday, October 17, 2011

Leftover Cake Pudding

Assalammualaikum..



Buat kek tapi tak habis makan? Jangan buang... Boleh simpan untuk buat puding ni :). Resipi godek-godek sendiri hehehe... Penyediaan lebih kurang macam Puding Roti.

Bahan-bahan ( 7-8 orang )

Lebihan kek yang cukup untuk menutupi loyang 8 inci
BAHAN A
1/2 tin susu cair + 1 cawan air ATAU 500ml susu segar
4 sudu besar susu pekat manis (boleh tambah atau kurangkan)
2 biji telur gred AA
1 camca teh esen vanila
1 sudu besar tepung jagung
Secubit garam
BAHAN B **Untuk sos custard
1 tin susu cair
2 sudu besar susu pekat manis
2 sudu besar tepung custard
Mixed fruit cocktail

Syrup dari mixed fruit cocktail tu boleh dicampurkan ke dalam sos custard. Jadi bagi yang gemar kurang manis, boleh omit susu pekat.

Cara-cara

1. Panaskan oven 180'C.
2. Lenserkan butter pada loyang dan susunkan kek yang telah dipotong kecil-kecil sehingga menutupi keseluruhan loyang.
3. Dalam satu mangkuk besar, pukul telur sedikit dan masukkan kesemua BAHAN A. Gaul hingga sebati.
4. Tuangkan ke dalam loyang yang berisi potongan kek tadi dan biarkan selama 1/2 jam sebelum membakar. Kismis juga boleh ditabur dan pastikan direndam dalam adunan sehingga kembang.
5. Bakar selama 30-40 minit atau sehingga masak.
6. Campurkan BAHAN B dan masak dalam sauce pan sehingga likat atau tepung custard larut sepenuhnya (kuah tidak terasa bertepung)
Sedia dihidang sejuk atau panas.
selamat mencubaa..

masak apa ye hari ni?

Assalammualaikum & selamat pagi.

Hai blogger, hari ni bermula lah rutin biasa anum.. uruskan hal rumahtangga, anak-anak dan nak masak apa tengahari ni..??

Ehmm lauk apa ada dlm peti ais ni..
ikan, ayam, daging..
sayur, carrot,

entah la.. ikutkan hati masak yang simple je.. tapi anum tadi ada search resipi untuk anak anum.. sup ayam macam menarik je..

ikuti bahan-bahan dan cara-cara memasak nya..

SUP AYAM SPECIAL

Bahan-bahan ( 8org )

1 ekor ayam potong 16
1 labu bwg merah
2 ulas bwg putih
1 inci halia
sebatang kulit kayu manis
4 kuntum bunga cengkih
2 kuntum bunga lawang
3 iji buah pelaga
2 bj kentang
1 btg lobak
1 mangkuk air panas br masak
lada sulah, garam, ajinomoto dan stok ayam
daun sup, daun bawang & bawang goreng

Cara-cara

1. Rempah2 direndam dalam air panas menggelegak,biarkan hingga air tersebut suam & toskan rempah2 tersebut. Air rendaman turut disimpan.
2. Bwg merah & bwg putih dikisar halus. Halia ditumbuk sedikit jgn sampai lumat. Lobak dipotong bulat2 anggaran 1.5cm & kentang dipotong 6
3. Panaskan minyak dan tumis bawang hingga naik bau. Kemudian masukkan halia & rempah2 yang telah direndam. Tumis sebentar.
4. Masukkan ayam dan gaulkan supaya bercampur dengan rempah yg ditumis. Biarkan selama 10minit
5. Masukkan air rendaman rempah tadi beserta 1 mangkuk air lagi. Jika mahukan kuah sup lebih boleh tambah lagi semangkuk air.
6. Biar sup menggelegak,masukkan kentang dan lobak. Bila ayam dah empuk masukkan stok ayam, garam, aji & lada sulah. Adjust mengikut selera anda
7. Dah siap tutup api. Masukkan daun bawang,daun sup & bawang goreng, tutup rapat periuk selama 20minit supaya baunya meresap ke dalam sup. Sedia untuk dihidang

Sunday, October 16, 2011

breakfast apa pagi ni..?

Assalammualaikum dan Selamat pagi

Hai kawan blogger... dah breakfast? belum ke? ehmm kesian.. tapi tak pe.. bagi siapa2 yang tak biasa breakfast pagi ni.. tengahari mesti makan banyak kan.. cover yang tak makan pagi ni.. jadi.. untuk menu hari ni. breakfast orang melayu.. atau 1 malaysia..

nasi lemak..


minuman..


Oklah.. Tengah hari nanti apalah menu makanan yang akan kawan blogger pilih..apa2 pun selamat menjamu selera eak..

jumpa lagi.

petua mak kita..


Assalammualaikum.

Alhamdulilah.. sebelum ni anum sisipkan pelbagai resepi menarik untuk dikongsi bersama kawan-kawan blogger.

kali ni anum postkan tentang petua mak yang selalu digunakan semasa di dapur..

1. Elak Bekas Dari Berbau

Bekas menyimpan makanan yang terlalu lama digunakan akan meninggalkan bau yang tidak enak. Atasinya dengan merendamkan beberapa helai suratkhabar di dalam bekas tersebut dan biarkan selama dua hingga tiga jam. Bau tersebut akan diserap oleh kertas tadi dan bekas tidak lagi berbau

2. Menghilangkan Hanyir Daging

Ada orang tidak makan daging kerana tidak suka bau hanyirnya. Cara mudah mengatasi masalah ini ialah basuh daging dengan menggunakan air basuhan beras. Basuh sehingga daging putih sedikit. Bau hanyir dan lendir daging juga akan hilang. Selamat mencuba

3. Halau Semut Dalam Gula

Letak sebilah pisau di bawah bekas yang berisi gula. Biarkan beberapa ketika. Insya-Allah semut akan berkumpul di satu tempat dan ini memudahkan kerja-kerja membuangnya. Oleh itu anda tidak perlu membuang semua gula yang dikerumuni semut. Selamat mencuba.

4. Cara Mudah Kopek Kulit Udang

Ada beberapa cara untuk memudahkan anda mengopek kulit udang.

* Campurkan sedikit garam ke dalam semangkuk air. Kemudian randam udang selama 10 minit. Kulit udang akan terbuka dengan sendirinya.

* Perahkan limau nipis ke dalam semangkuk air. Masukkan udang. Biar selama 15 minit.

* Rendam udang ke dalam air panas. Biarkan seketika.

5. Hilangkan Hanyir Ikan Darat

Untuk menghilangkan hanyir ikan darat (sungai) sebenarnya agak sukar berbanding ikan laut. Cara berkesan untuk mencucinya ialah dengan mengambil beberapa helai daun serai dan sedikit asam jawa. Ramas keduanya dan gaul bersama ikan. Perapkan beberapa minit kemudian bilas dengan air bersih. Pasti ikan tidak hanyir lagi.

6. Bersihkan Getah Nangka

Gulai lemak nangka sememangnya merupakan hidangan yang cukup menyelerakan. Tetapi permukaan dalam periuk yang digunakan untuk merebus nangka tersebut seringkali meninggalkan kesan getah nangka yang sukar untuk dicuci. Cuba gosokkan periuk tersebut dengan sedikit minyak masak dan cuci sehingga bersih. Hasilnya getah nangka akan hilang.

selamat mencuba..wassalammualaikum

Saturday, October 15, 2011

Sizzling yee mee



Bahan-bahan ( 2-3 org makan )

2-3 sanggul (gulung) yee mee
5 ulas bawang putih
5 biji cendawan shitake ( cendawan kering)- rendam sehingga agak lembut dan potong 4
1 keping dada ayam- potong mengikut citarasa
3 biji cili kering- potong 2
2 sudu besar sos tiram
3 sudu besar kicap cair
1 sudu besar kicap pekat
1/2 in halia- hiris nipis
Serbuk lada hitam
garam- secukup rasa
Beberapa titik Minyak bijan
1 sudu besar Tepung jagung- dibancuh dgn sedikit air
sedikit minyak utk menumis

Cara-cara

1. Tumis bawang putih, cili kering dan halia sehingga naik baunya.
2. Masukkan ayam yg telah potong sehingga agak empuk.
3. Masukkan 2 cawan air.
4. Masukkan pula sos tiram, kicap cair dan kicap pekat. Masukkan pula serbuk lada hitam. Biarkan mendidih.
5. masukkan cendawan serta sayur2 lain- tunggu 2-3 min.
6. Masukkan campuran tepung jagung dan kacau.
7. Titikkan minyak bijan beberapa titik-jgn banyak2...
8. Akhir sekali, masukkan yee mee- biarkan sebentar & hidangkan panas2.

tart telur



Bahan-bahan ( 30 keping )

PASTRY
200g butter
80g gula aising
360g superfine flour
1biji telur
1/2 sudu kecil esen vanila
FILLING :
1 cawan susu cair
4 biji telur
1 cawan gula
1 cawan air
1 sudu besar tepung kastard
1/2 sudu kecil esen vanila
pewarna kuning

Cara-cara

1. Pukul butter dan gula sampai kembang.
2. Masukkan telur sedikit demi sedikit.
3. Masukkan tepung sampai jadi doh.
4. Ratakan setebal 1/2 cm dan terap dalam acuan.
5. dengan garfu supaya tidak kembung. Dan bakar selama 10min pada suhu 180.
6. Keluarkan dan masukkan filling. Bakar lagi 10 min.
7. Untuk filling. Campurkan semua bahan dan gaul hingga sebati.

asam pedas nenas



Bahan-bahan ( 3 hingga 4 org )

3 - 4 ekor ikan kembong, kalau dpt yg segar, dibersihkan.
1 cawan cili kisar
3 ulas bawang putih*
6 biji bawang merah kecil*
1/2 cm halia *
1 keping hirisan lengkuas*
3 biji buah keras*
Belacan sebesar ibu jari (boleh juga diganti dgn kiub ikan bilis pada mereka yg alergi pada belacan)*
1/2 inci kunyit hidup*
1/2 camca teh garam kasar*(*dimasukkan ke dalam lesung batu dan tumbuk hingga betul2 lumat)
2 kuntum bunga kantan, dibelah 2
1 biji nanas sederhana besar, seelok2nya yg masak dan manis
1 camca besar asam jawa, dibancuh dgn 1 cawan air, ramas dan tapis jusnya
Sedikit gula dan serbuk perasa (jika suka)
Minyak untuk menumis

Cara-cara

1. Nanas dikupas kulitnya dan belah 4. Buang empulur dan potong menyerong setiap belahan. Ketepikan
2. Panaskan minyak dalam periuk (anggaran 1/2 cawan). Tumis bahan2 tumbuk hingga wangi. Masukkan cili kisar dan terus menumis hingga terbit minyak.
3. Masukkan nanas dan kacau goreng dalam rempah2 tadi sebentar. Tuangkan sedikit air (ini bergantung pada masing2). Biarkan mendidih dan masukkan ikan dan bunga kantan tadi.
4. Perlahankan api dan masukkan jus asam jawa dan biar mendidih. Rasa kuahnya. Jika kurang garam boleh lah ditambah dgn sedikit lagi garam. Masukkan sedikit gula dan serbuk perasa jika suka.
5. Biarkan mendidih 5 minit lagi dan boleh lah dimatikan api. Hidangkan bersama nasi panas dan ulam2 sampingan.

nasi ayam madu



Bahan-bahan ( 2 orang )

2 cawan beras
1/4 bawang besar
2 sudu mentega
sehelai daun pandan
2 kiub ayam
madu
kicap pekat
1/2 ekor ayam
1 sup bunjut adabi
sos tiram
1/2 sudu serbuk lada putih
1/2 inci halia
3 ulas bawang putih
[hiasan]
daun bawang
daun sup
bawang goreng
daun salad/timun

Cara-cara

1. Bersih ayam. Potong ikut suka
2. Tumbuk bawang putih dan halia. Tumis dengan sedikit minyak sehingga bawang jadi perang
3. Masukkan air, ayam, sup bunjut dan kiub ayam. Masaklah sehingga ayam masak
4. Untuk masak nasi, bersihkan beras. Ambik 2 cawan sup ayam tadi untuk masak nasi. Masukkan daun pandan. Masak seperti biasa.
5. Keluarkan ayam. Perapkan dengan madu, sos tiram dan kicap. Goreng dengan minyak penuh
6. Untuk sos kicap. Mayang bawang putih. Tumiskan sehingga naik bau. Masukkan kicap dan sedikit sup ayam tadi

agar-agar roti



Bahan-bahan ( 12 biji acuan pudding )

4 keping roti
2 biji telur
1/2 cawan susu pekat
1 tin susu cair (170ml)
8gram serbuk agar2
1/2 cawan gula - bleh kurangkn
2 sudu besar butter/marjerin (cairkan)
31/2 cawan air

Cara-cara

1. Didihkan air,serbuk agar2 n gula ke dalam periuk.
2. Blend roti,telur,susu pekat n susu cair. Kemudian masukkan dalam periuk agar2 yg sudah didih td.
3. Masukkan butter/marjerin dan kacau rata sampai agak2 pekat.
4. Tuang dalam acuan. Bleh la letak pewarna apa2 kat atas tuh dan lorek2kan dgn lidi.
5. Masukkan peti ais beberapa jam sebelum mkn...dah siap...
SeLaMat MeNcUbe....
Bleh juga mencube resepi yang baru dari adunan nih... Puding Roti Marble http://www.myresipi.com/top/detail/7998

sup pasta ringkas



Bahan-bahan ( 4 orang )

300 g pasta kerang, rebus hingga lembut, toskan dan gaul dgn sedikit minyak.
1 keping dada ayam, didadu*
1/2 camca teh serbuk lada hitam*
1/2 camca teh garam*(*disatukan dan perap 15 minit)
10 kuntum cendawan butang, belah 4 setiap satu
1 biji ubi kentang, didadu sederhana besar
2 liter air
2 kiub ayam "MAGGI"
1 camca teh serbuk lada hitam
Garam secukup rasa
BAHAN TUMIS:-
1 inci kayu manis
1 kuntum bunga lawang
4 kuntum bunga cengkih
2 biji pelaga
1 batang leek, dihiris halus
4 ulas bawang merah, dihiris halus
3 ulas bawang putih, diketuk
1 inci halia, diketuk
BAHAN HIAS:-
Bawang goreng
Hirisan daun sup/bawang
Hirisan cili padi (jika suka)

Cara-cara

1. Dalam periuk, panaskan 2 camca besar minyak dan masukkan kesemua bahan2 tumis dan tumis hingga wangi. Masukkan kentang dan cendawan, kacau goreng utk 1 minit. Tuang air dan masukkan kiub ayam. Biar masak atas api sederhana hingga kentang 3/4 empuk.
2. Kemudian masukkan ayam, serbuk lada sulah dan perasakan dgn garam secukupnya. Biar mendidih hingga daging ayam masak dan kentang empuk.
3. PENYEDIAN PASTA:- Dalam mangkuk, isikan pasta secukupnya, tuang kuah dgn isi2nya sekali dan hias dgn bahan hias sebelum dihidangkan. Jika tak tahan pedas tak payah bubuh hirisan cili padi tadi..
4. Penggunaan pasta tu terpulang pada kemahuan masing2, apa jenis pasta pun ok. Untuk kali nie mat cuba pasta bentuk kerang yg comel2 (dalam gambar tu pasta yg belum direbus....)

Cinnmon bread



Bahan-bahan ( 10 biji )

250g tepung roti
150g fresh milk
25g telur
25g gula
4g garam
25g butter
2.5g dry yeast
*********
20g butter(topping)
15g gula kastor
1 sudu kecil cinnamon
80g raisin

Cara-cara

1. Masukkan semua bahan-bahan sehingga dry yeast ke dalam breadmaker. On kan.
2. Bila dah bunyi buzzer untuk masukkan bahan, masukkan raisin.
3. Bila dah siap keluarkan dr breadmaker. Keluarkan angin. Bahagikan kepada 10 bahagian. Buat bentuk bulat. Rehatkan selama 15 minit
4. Ambik sebiji dan canaikan. Lipat jadi bentuk bola ragbi. Bahagian tepi lipatan letaklah ke bawah. Buat sampai habis.
5. Dengan pisau, toreh memanjang bahagian atas. Biarkan naik 2 kali ganda.
6. Untuk toppingnya. Potong kecil-kecil butter. Campurkan gula dan cinnamon powder.
7. Bila roti dah naik 2kali ganda, letaklah toping pada bahagian torehan.
8. Bakar dengan suhu 180C selama 12 minit

roti anpanman



Bahan-bahan ( 10 biji )

290g tepung roti
200cc susu + telur
15g gula
5g garam
15g mentega
3g yis
* 230g inti kacang
telur kuning untuk sapu
kacang hitam untuk mata. Boleh juga diganti dengan kismis
sedikit serbuk koko untuk mulut. Cairkan.

Cara-cara

1.Masukkan semua bahan-bahan ke dalam bread maker. Ikut arahan pada setiap bread maker.
2.Keluarkan adunan dari bread maker. Bahagikan kepada 10 bahagian untuk kepala. 10 ketul untuk hidung. 20 ketul untuk pipi. Saiz pipi mesti kecil sedikit dari saiz hidung. Biarkan 20 minit. Tutup dengan kain bagi mengelak dari kering.
3. Masukkan inti pada bahagian kepala. Tutup dan tekan biar jadi leper. Letaklah mata, hidung dan mulut. Buat sampai habis.
4. Masukkan dalam oven. Penaik selama 40 minit pada suhu 35-40 degree.
5. Kemudian keluarkan roti tadi. Sapukan dengan telur kuning. Di samping tu naikkan suhu oven ke 180 degree.
6. Bakar selama 15 minit.

udang masak lemak cili padi



Bahan-bahan ( 4 orang )

1/2 kg udang galah, dibersihkan
10 - 15 tangkai kacang panjang, dipotong2 sepanjang 2 inci
10 biji belimbing buluh, dibelah dua
1 biji kelapa, diparut
Garam dan gula secukup rasa
1 helai daun kunyit, dikoyak2
BAHAN2 DIKISAR HALUS
6 biji bawang merah kecil
2 ulas bawang putih
3 biji cili merah
1 inci kunyit hidup
Belacan sebesar ibu jari

Cara-cara


1. Masukkan udang yg telah dibersihkan ke dalam periuk. Masukkan bahan2 kisar dan masak atas api perlahan utk 5 minit. Tujuan untuk mengecutkan udang bersama rempah. Matikan api.
2. Tuang 1 cawan air dan perah utk mendapatkan pati santan. Tuang lagi 1 1/2 cawan air dan perah untuk mendapatkan santan no.2. Ketepikan
3. Hidupkan api kembali, masukkan santan no.2 ke dalam periuk berisi udang. Bila mendidih, masukkan belimbing buluh, biarkan mendidih dan tuang santan pekat, masukkan juga kacang panjang dan daun kunyit, biar mendidih dgn api sederhana sambil dikacau selalu supaya tak pecah minyak.
4. Perasakan dgn garam dan gula secukupnya. Boleh dihidang bersama nasi putih, sambal belacan dan ulam-ulaman sebagai bahan sampingan.

stew daging



Bahan-bahan ( 4 ORANG )

450g daging batang pinang *kalau xde, daging part lain pun boleh, cume kena ketok
daging tu,nk bg lmbut..
Minyak (agak2)
1 biji Bawang merah besar (dihiris)
1tbsp tepung
1tsp mustard (gmbr kt bwh)
1tsp lemon juice
150ml @ 2/3 cwn sour cream
garam - secukup rasa
serbuk lada hitam - secukup rasa
1tsp tomato puri

Cara-cara:

1. Hiris daging. Jgn nipis sgt n jgn tebal sgt.
2. Panaskan minyak, goreng daging dgn api kuat, slama dua minit shj. Angkat daging gune penyepit atau senduk yg berlubang.
3. Masukkan hirisan bawang ke dlm minyak td, goreng dgn api yg sederhana. Goreng sampai layu.
4. Taburkan tepung, kacau. Masukkan tomato puri, mustard, lemon juice, n sour cream. Kacau. Masukkan daging td, kacau shingga mendidih. Masukkan garam dan lada hitam secukup rasa.
5. Hidangkan panas2. Boleh mkn dgn roti atau nasi. Nak hidang dlm bread bowl pon boleh.

kek span coklat


Bahan-bahan ( 1 biji kek )

150g gula kastor
110g tepung self raising
20g serbuk koko
1 sudu teh serbuk penaik
(semua bahan di atas diayak)
15g ovalete
5 biji telur gred A
75g minyak masak
60g air disatukan dgn 1 sudu teh emulco coklat

Cara-cara

1. Griskan acuan kek. Lapis dengan kertas serap minyak. Panaskan oven 180°C.
2. Gaulkan ovalette dan gula kastor dalam mangkuk adunan. Masukkan telur satu persatu dan pukul sehingga sebati.
3. Kemudian masukkan bahan yang diayak tadi sedikit demi sedikit sehingga sebati.
4. Pukul dengan kelajuan perlahanselama 2 minit utk sebatikan adunan. Tukar kpd kelajuan tinggi selama 5 minit sehingga aduan kembang dan gebu.
5. Perlahankan kelajuan dan masukkan emulco coklat dan pukul semula selama 5 minit dgn kelajuan tinggi.
6. Masukkan minyak masak dan gaul perlahan-lahan sehingga sebati. Tuang adunan kedalam acuan. Bakar selama 45minit.
7. Keluarkan kek dan terlangkupkan selama 5 minit, kemudian terbalikkan semula ke kedudukan asal supaya kek tdk mendap.
8. Hias kek ikut kreativiti anda.

nestle milk shake


bahan-bahan:

segelas air batu
2 sudu milo nestle
2 sudu nestum nestle
1 sudu coco powder
100ml susu segar
2 susu gula
hiasan: coklat rise dan whipping cream sprey

cara-cara:

1.Bancuhkan dalam gelas besar bahan-bahan seperti milo, coco powder dan gula dengan sedikit air panas.
2. Kemudian masukkan susu segar,nestum dan air batu dalam bekas shake
3. goncang bekas shake dengan sederhana kuat atau sehingga adunan sebati.
4.siap dan hiaskan dengan coklat rise dalam gelas berselang seli dengan whipping cream sehingga habis.

Ayam masak Bali.



Bahan-bahan:

Ayam ( setengah ekor)
2 biji bawang besar*
2 biji bawang putih*
1/4 halia*
1 sudu ketumbar*
1 sudu jintan manis*
1 batang serai
2 sudu lada boh
2 sudu kicap
2 sudu santan pekat
2 helai daun pandan
2 sudu kerisik
Ajinomoto dan garam secukup rasa.

cara-cara:

1. Kisar bahan-bahan yang bertanda ( * )
2. Perapkan selama 10 minit bahan kisar bersama-sama ayam tadi.
3. Kemudian goreng ayam separuh masak dan toskan
4. Dengan minyak yang mengoreng ayam yang sama, masukkan bahan-bahan perap tadi dan goreng sehingga naik bau
5. Masukkan cili boh, kicap, kerisik, serai dan sedikit air
6. Tumis bahan-bahan tadi dan masukkan daun pandan.
7. Perasakan dengan ajinomoto dan garam secukup rasa.
8. Hiaskan masakkan dengan cili merah yang di potong memanjang dan sedikit hirisan tomato
siap untuk di hidang bersama-sama nasi.