Friday, December 14, 2012

Coklat marble cheese kek

Assalammualaikum all

ehmm. atas kerajianan masa cuti sultan selangor ari tu..
anum buat kek pagi2.. pulak tu.. haha. ni penangan nak pergi picnic kat taman Bukit Cahaya Seri Alam.

 tara.. hehe..

layan gambar dulu k..




resepinya..

Bahan A:
250gm mentega
1 cwn gula halus (gula kastor)
5 biji telor gred A
1/2 cwn serbuk koko *
1 1/2 cwn tepung halus *(saya guna tpng gandum je)
2 sudu kecil baking powder * (bahan * diayak bersama)
1 sudu kecil pewarna coklat/coklat emulco
1/4 cwn susu cair

Bahan B:
250 gm cream cheese
3 sudu besar gula halus (gula kastor)
1 sudu kecil esen vanila
1 biji telor gred A


Cara-Cara:

Panaskan oven pada suhu 160C. Lenser tin berukuran 8x8x3 inci. Alas dasar tin dengan kertas minyak. Ketepikan.
Putar mentega dan gula hingga putih.
Masukkan telor satu persatu sambil terus memutar hingga kembang dan gula hancur.
Perlahankan speed, masukkan tepung sedikit demi sedikit, berselang seli dngn susu cair hingga habis.
Gaul rata dengan spatula. Dah siap ketepikan dulu.
Dalam mixing bowl lain yang bersih dan kering, masukkan cream cheese, esen vanila dan gula. Putar hingga sebati.
Masukkan telor dan putar hingga gula hancur dan adunan berkrim.
Tuangkan adunan coklat dalam loyang, ratakan.
Tuang pula adunan cream cheese dan ratakan dan buat selang seli hingga habis.
Tuangkan baki adunan coklat(akhir) dan ratakan.
Bakar selama 40 - 45 minit atau hingga masak. Sejukkan atas jaringan sebelum dipotong.
Cucuk dngn lidi kecil/btng satay untuk test kek dah masak ke belum....kalau keluar licin bermakna sudah masak. Sekiranya belum masak, tambah sedikit masa lagi.


ok selamat mencuba..


Tiramisu kek


Assalammualaikum w.b.t

bila usia kandungan dah masuk ke 5 bulan ni. Banyak la mengidam.. salah satunya tiramisu kek.
bukan nak yang di beli dari kedai. nak yang buat sendiri..

jadi dalam ketidaklaratan ni. kugagahi jua hehe.. acah je. larat yang amat la. hehe ada je nak dibuat. 

jom layan resepi dia dulu..


1. Mixer.. brand suka hati korang le..


2. Kek Sponge.. beli je kat giant kalau malas nak bikin sendiri..

Kat giant mcm2 perisa ada.. aku carik perisa coklat.. tp takde lak.. yg ada perisa pandan aje.. huhuhu.. beli gak la sbb nak mkn tiramisu punya psl..

Ada org buat tiramisu guna biskut tiramisu kan.. ladyfinger ke hape ntah namanya.. tp aku lebih suka kek.. utk korang terpulang le.. nak kek boleh, biskut pun boleh..


3. Whipping cream.. guna dlm 250ml..

Ada mcm2 brand dan boleh di dapati di giant/jusco/cold storage dan sebagainya.. carik kat tempat brg2 sejuk ye.. korang nak beli yg 200ml pun boleh.. aku mmg suka beli yg 1 liter sbb boleh buat lebih..


4. Cream cheese.. pun ada byk brand.. tp aku suka brand kraft ni..


5. Serbuk koko


6. Serbuk nescafe dan esen vanila


7. Air utk bancuh nescafe.. bancuh tanpa gula ye..


8. Setengah cwn gula kastor

Utk makluman, aku doublekan semua bhn di atas kecuali kek/serbuk koko/mixer sbb aku suka byk cheese.. lg byk cheese dia lg best bila di makan..

Cara2 nak buat :


1. Mula2, masukkan cream cheese dlm bekas mixer tu.. apa2 bekas yg bersesuaian pun boleh..


2. Campurkan 250 ml whipping cream


3. Masukkan satu sudu teh esen vanila..


4. Masukkan setengah cwn gula castor..


5. Dan korang putar semua bhn tersebut sampai sebati semuanya mcm kat atas ni.. guna kelajuan paling rendah dulu.. pastu selow2 tingkatkan kelajuan.. jgn terus laju lak, kang terpercik kuar semua bhn2 tu kang..

Tak pun, korang putar dulu cream cheese dgn gula, esen vanila... last sekali baru whipping cream.. aku sbb dah biasa buat tu yg campur selonggok terus tu.. hehehhe..


6. Bancuh air td dgn sesudu kecik nescafe.. bancuh tanpa gula.. ni gunanya utk melembabkan kek td...


Mlm td aku buat mcm ni, tuang sket air nescafe dlm piring kecik..


7. Pastu aku tepekkan kek td dpn belakang cepat2..

Jgn rendam tau.. lembabkan ala kadar cukup.. pastu masuk dlm bekas khas.. kek td aku bentukkan mcm ni sbb aku nak buat tiramisu dlm cawan..


8. Akan jd camni le..


9. Pastu sauk cheese yg di putar td ke dalam cwn.. sukati korang le nak tebal byk mana.. aku suka byk2.. sbb sedap..


10. Dgn menggunakan penapis, korang taburkan serbuk koko di atasnya.. penapis bertujuan utk elak serbuk koko berketul2.. bapak besar aku punya penapis kannn.. kekekke


11. Pastu akan jd camni le.. lapiskan pulak atasnya dgn kek yg di lembabkan dgn nescafe.. ulang sama proses yg td..


12. Hasilnya akan jd camni lastly..

Buat le sampai abis ye.. aku buat dlm cwn supaya senang nak mkn.. sauk guna sudu je pastu ngap ngappp dpn tv.. takyah nak potong2 bagai.. hehe..


Menarik takkkk... hehehhe


13. Last sekali sejukkan dlm peti ais.. bkn pembeku tau..


15. Siap sedia utk di makan sejuk2.. sedappppp...

Tuesday, October 23, 2012

Kek keju durian


Assalammualaikum semua.
Jom tengok apa pula resepi yang boleh kita kongsi bersama..
 

Gabungan cream cheese dan durian. Tekstur yang creamy, lemak manis, smooth, dan membelai tekak. Sedap dimakan sejuk-sejuk. Lagi lama disimpan dalam peti sejuk, lagi rasa duriannya.
 
 Bahan-bahan ( loyang bulat 7" utk kek lebih tinggi atau 8" kek setinggi 1"++ tanpa base )
  • BASE BISKUT: (boleh guna kek span biasa)- sy tak buat
  • 140g digestive biscuit, diblend
  • 15g gula kastor
  • 60g butter, dicairkan
 
  • FILLING:
  • 175g @1C + 1sb + 1/2sb isi durian, dilecek halus - boleh guna whisk atau diblend kalau nak lebih halus
  • 250g cream cheese, suhu bilik
  • 60g @ 1/4C gula kastor - boleh krgkn kpd 50g kalau guna fresh cream
  • 20g @ 2sb menggunung tepung jagung
  • 90ml @ 6sb susu sejat @ santan - sy guna susu sejat
  • 50ml @ 3sb + 1st UHT whipping cream @ fresh cream - sy guna fresh cream
  • 1 + 1/2 biji telur Gred A
 
  • TOPPING: (gambar di atas adalah separuh dr resepi di bawah)
  • 80g isi durian, dilecek - sy guna 45g
  • 32g susu segar - sy guna 15g susu sejat
  • 22g UHT whipping cream - sy guna 10g fresh cream
  • 15g gula kastor - sy guna 7g gula
  • 1/2 biji telur + 1/2 kuning telur Gred A - sy guna 1/2 biji telur Gred A, baki dari filling di atas
  • Hiasan: Serbuk koko atau 1/2C fresh cream, dikocok kental
 
 Cara-cara
1.    BASE: Alas dan lengser loyang springform/loose pan dengan majerin/butter cair dan baking paper. Campur kesemua bahan base biskut dan tekan pada dasar loyang. Simpan dalam peti sejuk sementara membuat filling cream cheese.
2.    FILLING: Panaskan oven 160C. Pukul cream cheese dan gula kastor hingga gula hancur. Masukkan isi durian, susu sejat, whipping cream, dan tepung jagung. Pukul sebati. Masukkan telur dan gaul hingga smooth.
3.    Tuangkan adunan ke dalam loyang berisi base biskut, balut 2-3 kali dgn aluminium foil dan bakar secara bain marie/water bath/steam bake selama 1 jam, dengan loyang di'rotate'kan pada 5 minit terakhir.
4.    TOPPING: Campur kesemua bahan untuk topping dan tuang di atas kek yang dibakar tadi (tak perlu disejukkan dahulu). Sambung bakar untuk 15-20 minit atau hingga permukaan atas kek sedikit keperangan dan agak kering.
5.    Dah masak, keluarkan kek dari oven dan sejukkan kek dalam loyangnya di atas redai. Kemudian sejukkan dalam peti sejuk selama 4-5 jam baru dikeluarkan dr loyang dan dihias dgn mengayak serbuk koko atasnya atau disalut fresh cream.
6.    ***Kek tak perlu dicucuk untuk check dah masak atau belum, cukup sekadar tengok permukaan atas kelihatan agak kering dan sedikit keperangan.
 
ok. selamat mencuba..
 

DOREMON COOKIES..

Assalammualaikum semua..

last Saturday birthday anak anum yang pertama yang ke 4 tahun..
so our activity is.. making Doremon dan Dorami  cookies..
so sweet bila tengok gelagat anak-anak menekap .. semangat betul.. hehe.. jom layan gelagat diorang..


tangan darwisy danish yang mula menekap acuan Doremon.

asyik nya abang..



tangan adam danish pulak.

hasilnya..

si comel ni pulak posing

gelak si adam..

masing2 nak main sorok-sorok..

biskut yang sudah siap di bakar.. nyum2.. hehe..

 

Monday, October 17, 2011

Leftover Cake Pudding

Assalammualaikum..



Buat kek tapi tak habis makan? Jangan buang... Boleh simpan untuk buat puding ni :). Resipi godek-godek sendiri hehehe... Penyediaan lebih kurang macam Puding Roti.

Bahan-bahan ( 7-8 orang )

Lebihan kek yang cukup untuk menutupi loyang 8 inci
BAHAN A
1/2 tin susu cair + 1 cawan air ATAU 500ml susu segar
4 sudu besar susu pekat manis (boleh tambah atau kurangkan)
2 biji telur gred AA
1 camca teh esen vanila
1 sudu besar tepung jagung
Secubit garam
BAHAN B **Untuk sos custard
1 tin susu cair
2 sudu besar susu pekat manis
2 sudu besar tepung custard
Mixed fruit cocktail

Syrup dari mixed fruit cocktail tu boleh dicampurkan ke dalam sos custard. Jadi bagi yang gemar kurang manis, boleh omit susu pekat.

Cara-cara

1. Panaskan oven 180'C.
2. Lenserkan butter pada loyang dan susunkan kek yang telah dipotong kecil-kecil sehingga menutupi keseluruhan loyang.
3. Dalam satu mangkuk besar, pukul telur sedikit dan masukkan kesemua BAHAN A. Gaul hingga sebati.
4. Tuangkan ke dalam loyang yang berisi potongan kek tadi dan biarkan selama 1/2 jam sebelum membakar. Kismis juga boleh ditabur dan pastikan direndam dalam adunan sehingga kembang.
5. Bakar selama 30-40 minit atau sehingga masak.
6. Campurkan BAHAN B dan masak dalam sauce pan sehingga likat atau tepung custard larut sepenuhnya (kuah tidak terasa bertepung)
Sedia dihidang sejuk atau panas.
selamat mencubaa..

masak apa ye hari ni?

Assalammualaikum & selamat pagi.

Hai blogger, hari ni bermula lah rutin biasa anum.. uruskan hal rumahtangga, anak-anak dan nak masak apa tengahari ni..??

Ehmm lauk apa ada dlm peti ais ni..
ikan, ayam, daging..
sayur, carrot,

entah la.. ikutkan hati masak yang simple je.. tapi anum tadi ada search resipi untuk anak anum.. sup ayam macam menarik je..

ikuti bahan-bahan dan cara-cara memasak nya..

SUP AYAM SPECIAL

Bahan-bahan ( 8org )

1 ekor ayam potong 16
1 labu bwg merah
2 ulas bwg putih
1 inci halia
sebatang kulit kayu manis
4 kuntum bunga cengkih
2 kuntum bunga lawang
3 iji buah pelaga
2 bj kentang
1 btg lobak
1 mangkuk air panas br masak
lada sulah, garam, ajinomoto dan stok ayam
daun sup, daun bawang & bawang goreng

Cara-cara

1. Rempah2 direndam dalam air panas menggelegak,biarkan hingga air tersebut suam & toskan rempah2 tersebut. Air rendaman turut disimpan.
2. Bwg merah & bwg putih dikisar halus. Halia ditumbuk sedikit jgn sampai lumat. Lobak dipotong bulat2 anggaran 1.5cm & kentang dipotong 6
3. Panaskan minyak dan tumis bawang hingga naik bau. Kemudian masukkan halia & rempah2 yang telah direndam. Tumis sebentar.
4. Masukkan ayam dan gaulkan supaya bercampur dengan rempah yg ditumis. Biarkan selama 10minit
5. Masukkan air rendaman rempah tadi beserta 1 mangkuk air lagi. Jika mahukan kuah sup lebih boleh tambah lagi semangkuk air.
6. Biar sup menggelegak,masukkan kentang dan lobak. Bila ayam dah empuk masukkan stok ayam, garam, aji & lada sulah. Adjust mengikut selera anda
7. Dah siap tutup api. Masukkan daun bawang,daun sup & bawang goreng, tutup rapat periuk selama 20minit supaya baunya meresap ke dalam sup. Sedia untuk dihidang

Sunday, October 16, 2011

breakfast apa pagi ni..?

Assalammualaikum dan Selamat pagi

Hai kawan blogger... dah breakfast? belum ke? ehmm kesian.. tapi tak pe.. bagi siapa2 yang tak biasa breakfast pagi ni.. tengahari mesti makan banyak kan.. cover yang tak makan pagi ni.. jadi.. untuk menu hari ni. breakfast orang melayu.. atau 1 malaysia..

nasi lemak..


minuman..


Oklah.. Tengah hari nanti apalah menu makanan yang akan kawan blogger pilih..apa2 pun selamat menjamu selera eak..

jumpa lagi.

petua mak kita..


Assalammualaikum.

Alhamdulilah.. sebelum ni anum sisipkan pelbagai resepi menarik untuk dikongsi bersama kawan-kawan blogger.

kali ni anum postkan tentang petua mak yang selalu digunakan semasa di dapur..

1. Elak Bekas Dari Berbau

Bekas menyimpan makanan yang terlalu lama digunakan akan meninggalkan bau yang tidak enak. Atasinya dengan merendamkan beberapa helai suratkhabar di dalam bekas tersebut dan biarkan selama dua hingga tiga jam. Bau tersebut akan diserap oleh kertas tadi dan bekas tidak lagi berbau

2. Menghilangkan Hanyir Daging

Ada orang tidak makan daging kerana tidak suka bau hanyirnya. Cara mudah mengatasi masalah ini ialah basuh daging dengan menggunakan air basuhan beras. Basuh sehingga daging putih sedikit. Bau hanyir dan lendir daging juga akan hilang. Selamat mencuba

3. Halau Semut Dalam Gula

Letak sebilah pisau di bawah bekas yang berisi gula. Biarkan beberapa ketika. Insya-Allah semut akan berkumpul di satu tempat dan ini memudahkan kerja-kerja membuangnya. Oleh itu anda tidak perlu membuang semua gula yang dikerumuni semut. Selamat mencuba.

4. Cara Mudah Kopek Kulit Udang

Ada beberapa cara untuk memudahkan anda mengopek kulit udang.

* Campurkan sedikit garam ke dalam semangkuk air. Kemudian randam udang selama 10 minit. Kulit udang akan terbuka dengan sendirinya.

* Perahkan limau nipis ke dalam semangkuk air. Masukkan udang. Biar selama 15 minit.

* Rendam udang ke dalam air panas. Biarkan seketika.

5. Hilangkan Hanyir Ikan Darat

Untuk menghilangkan hanyir ikan darat (sungai) sebenarnya agak sukar berbanding ikan laut. Cara berkesan untuk mencucinya ialah dengan mengambil beberapa helai daun serai dan sedikit asam jawa. Ramas keduanya dan gaul bersama ikan. Perapkan beberapa minit kemudian bilas dengan air bersih. Pasti ikan tidak hanyir lagi.

6. Bersihkan Getah Nangka

Gulai lemak nangka sememangnya merupakan hidangan yang cukup menyelerakan. Tetapi permukaan dalam periuk yang digunakan untuk merebus nangka tersebut seringkali meninggalkan kesan getah nangka yang sukar untuk dicuci. Cuba gosokkan periuk tersebut dengan sedikit minyak masak dan cuci sehingga bersih. Hasilnya getah nangka akan hilang.

selamat mencuba..wassalammualaikum

Saturday, October 15, 2011

Sizzling yee mee



Bahan-bahan ( 2-3 org makan )

2-3 sanggul (gulung) yee mee
5 ulas bawang putih
5 biji cendawan shitake ( cendawan kering)- rendam sehingga agak lembut dan potong 4
1 keping dada ayam- potong mengikut citarasa
3 biji cili kering- potong 2
2 sudu besar sos tiram
3 sudu besar kicap cair
1 sudu besar kicap pekat
1/2 in halia- hiris nipis
Serbuk lada hitam
garam- secukup rasa
Beberapa titik Minyak bijan
1 sudu besar Tepung jagung- dibancuh dgn sedikit air
sedikit minyak utk menumis

Cara-cara

1. Tumis bawang putih, cili kering dan halia sehingga naik baunya.
2. Masukkan ayam yg telah potong sehingga agak empuk.
3. Masukkan 2 cawan air.
4. Masukkan pula sos tiram, kicap cair dan kicap pekat. Masukkan pula serbuk lada hitam. Biarkan mendidih.
5. masukkan cendawan serta sayur2 lain- tunggu 2-3 min.
6. Masukkan campuran tepung jagung dan kacau.
7. Titikkan minyak bijan beberapa titik-jgn banyak2...
8. Akhir sekali, masukkan yee mee- biarkan sebentar & hidangkan panas2.

tart telur



Bahan-bahan ( 30 keping )

PASTRY
200g butter
80g gula aising
360g superfine flour
1biji telur
1/2 sudu kecil esen vanila
FILLING :
1 cawan susu cair
4 biji telur
1 cawan gula
1 cawan air
1 sudu besar tepung kastard
1/2 sudu kecil esen vanila
pewarna kuning

Cara-cara

1. Pukul butter dan gula sampai kembang.
2. Masukkan telur sedikit demi sedikit.
3. Masukkan tepung sampai jadi doh.
4. Ratakan setebal 1/2 cm dan terap dalam acuan.
5. dengan garfu supaya tidak kembung. Dan bakar selama 10min pada suhu 180.
6. Keluarkan dan masukkan filling. Bakar lagi 10 min.
7. Untuk filling. Campurkan semua bahan dan gaul hingga sebati.

asam pedas nenas



Bahan-bahan ( 3 hingga 4 org )

3 - 4 ekor ikan kembong, kalau dpt yg segar, dibersihkan.
1 cawan cili kisar
3 ulas bawang putih*
6 biji bawang merah kecil*
1/2 cm halia *
1 keping hirisan lengkuas*
3 biji buah keras*
Belacan sebesar ibu jari (boleh juga diganti dgn kiub ikan bilis pada mereka yg alergi pada belacan)*
1/2 inci kunyit hidup*
1/2 camca teh garam kasar*(*dimasukkan ke dalam lesung batu dan tumbuk hingga betul2 lumat)
2 kuntum bunga kantan, dibelah 2
1 biji nanas sederhana besar, seelok2nya yg masak dan manis
1 camca besar asam jawa, dibancuh dgn 1 cawan air, ramas dan tapis jusnya
Sedikit gula dan serbuk perasa (jika suka)
Minyak untuk menumis

Cara-cara

1. Nanas dikupas kulitnya dan belah 4. Buang empulur dan potong menyerong setiap belahan. Ketepikan
2. Panaskan minyak dalam periuk (anggaran 1/2 cawan). Tumis bahan2 tumbuk hingga wangi. Masukkan cili kisar dan terus menumis hingga terbit minyak.
3. Masukkan nanas dan kacau goreng dalam rempah2 tadi sebentar. Tuangkan sedikit air (ini bergantung pada masing2). Biarkan mendidih dan masukkan ikan dan bunga kantan tadi.
4. Perlahankan api dan masukkan jus asam jawa dan biar mendidih. Rasa kuahnya. Jika kurang garam boleh lah ditambah dgn sedikit lagi garam. Masukkan sedikit gula dan serbuk perasa jika suka.
5. Biarkan mendidih 5 minit lagi dan boleh lah dimatikan api. Hidangkan bersama nasi panas dan ulam2 sampingan.

nasi ayam madu



Bahan-bahan ( 2 orang )

2 cawan beras
1/4 bawang besar
2 sudu mentega
sehelai daun pandan
2 kiub ayam
madu
kicap pekat
1/2 ekor ayam
1 sup bunjut adabi
sos tiram
1/2 sudu serbuk lada putih
1/2 inci halia
3 ulas bawang putih
[hiasan]
daun bawang
daun sup
bawang goreng
daun salad/timun

Cara-cara

1. Bersih ayam. Potong ikut suka
2. Tumbuk bawang putih dan halia. Tumis dengan sedikit minyak sehingga bawang jadi perang
3. Masukkan air, ayam, sup bunjut dan kiub ayam. Masaklah sehingga ayam masak
4. Untuk masak nasi, bersihkan beras. Ambik 2 cawan sup ayam tadi untuk masak nasi. Masukkan daun pandan. Masak seperti biasa.
5. Keluarkan ayam. Perapkan dengan madu, sos tiram dan kicap. Goreng dengan minyak penuh
6. Untuk sos kicap. Mayang bawang putih. Tumiskan sehingga naik bau. Masukkan kicap dan sedikit sup ayam tadi

agar-agar roti



Bahan-bahan ( 12 biji acuan pudding )

4 keping roti
2 biji telur
1/2 cawan susu pekat
1 tin susu cair (170ml)
8gram serbuk agar2
1/2 cawan gula - bleh kurangkn
2 sudu besar butter/marjerin (cairkan)
31/2 cawan air

Cara-cara

1. Didihkan air,serbuk agar2 n gula ke dalam periuk.
2. Blend roti,telur,susu pekat n susu cair. Kemudian masukkan dalam periuk agar2 yg sudah didih td.
3. Masukkan butter/marjerin dan kacau rata sampai agak2 pekat.
4. Tuang dalam acuan. Bleh la letak pewarna apa2 kat atas tuh dan lorek2kan dgn lidi.
5. Masukkan peti ais beberapa jam sebelum mkn...dah siap...
SeLaMat MeNcUbe....
Bleh juga mencube resepi yang baru dari adunan nih... Puding Roti Marble http://www.myresipi.com/top/detail/7998

sup pasta ringkas



Bahan-bahan ( 4 orang )

300 g pasta kerang, rebus hingga lembut, toskan dan gaul dgn sedikit minyak.
1 keping dada ayam, didadu*
1/2 camca teh serbuk lada hitam*
1/2 camca teh garam*(*disatukan dan perap 15 minit)
10 kuntum cendawan butang, belah 4 setiap satu
1 biji ubi kentang, didadu sederhana besar
2 liter air
2 kiub ayam "MAGGI"
1 camca teh serbuk lada hitam
Garam secukup rasa
BAHAN TUMIS:-
1 inci kayu manis
1 kuntum bunga lawang
4 kuntum bunga cengkih
2 biji pelaga
1 batang leek, dihiris halus
4 ulas bawang merah, dihiris halus
3 ulas bawang putih, diketuk
1 inci halia, diketuk
BAHAN HIAS:-
Bawang goreng
Hirisan daun sup/bawang
Hirisan cili padi (jika suka)

Cara-cara

1. Dalam periuk, panaskan 2 camca besar minyak dan masukkan kesemua bahan2 tumis dan tumis hingga wangi. Masukkan kentang dan cendawan, kacau goreng utk 1 minit. Tuang air dan masukkan kiub ayam. Biar masak atas api sederhana hingga kentang 3/4 empuk.
2. Kemudian masukkan ayam, serbuk lada sulah dan perasakan dgn garam secukupnya. Biar mendidih hingga daging ayam masak dan kentang empuk.
3. PENYEDIAN PASTA:- Dalam mangkuk, isikan pasta secukupnya, tuang kuah dgn isi2nya sekali dan hias dgn bahan hias sebelum dihidangkan. Jika tak tahan pedas tak payah bubuh hirisan cili padi tadi..
4. Penggunaan pasta tu terpulang pada kemahuan masing2, apa jenis pasta pun ok. Untuk kali nie mat cuba pasta bentuk kerang yg comel2 (dalam gambar tu pasta yg belum direbus....)

Cinnmon bread



Bahan-bahan ( 10 biji )

250g tepung roti
150g fresh milk
25g telur
25g gula
4g garam
25g butter
2.5g dry yeast
*********
20g butter(topping)
15g gula kastor
1 sudu kecil cinnamon
80g raisin

Cara-cara

1. Masukkan semua bahan-bahan sehingga dry yeast ke dalam breadmaker. On kan.
2. Bila dah bunyi buzzer untuk masukkan bahan, masukkan raisin.
3. Bila dah siap keluarkan dr breadmaker. Keluarkan angin. Bahagikan kepada 10 bahagian. Buat bentuk bulat. Rehatkan selama 15 minit
4. Ambik sebiji dan canaikan. Lipat jadi bentuk bola ragbi. Bahagian tepi lipatan letaklah ke bawah. Buat sampai habis.
5. Dengan pisau, toreh memanjang bahagian atas. Biarkan naik 2 kali ganda.
6. Untuk toppingnya. Potong kecil-kecil butter. Campurkan gula dan cinnamon powder.
7. Bila roti dah naik 2kali ganda, letaklah toping pada bahagian torehan.
8. Bakar dengan suhu 180C selama 12 minit

roti anpanman



Bahan-bahan ( 10 biji )

290g tepung roti
200cc susu + telur
15g gula
5g garam
15g mentega
3g yis
* 230g inti kacang
telur kuning untuk sapu
kacang hitam untuk mata. Boleh juga diganti dengan kismis
sedikit serbuk koko untuk mulut. Cairkan.

Cara-cara

1.Masukkan semua bahan-bahan ke dalam bread maker. Ikut arahan pada setiap bread maker.
2.Keluarkan adunan dari bread maker. Bahagikan kepada 10 bahagian untuk kepala. 10 ketul untuk hidung. 20 ketul untuk pipi. Saiz pipi mesti kecil sedikit dari saiz hidung. Biarkan 20 minit. Tutup dengan kain bagi mengelak dari kering.
3. Masukkan inti pada bahagian kepala. Tutup dan tekan biar jadi leper. Letaklah mata, hidung dan mulut. Buat sampai habis.
4. Masukkan dalam oven. Penaik selama 40 minit pada suhu 35-40 degree.
5. Kemudian keluarkan roti tadi. Sapukan dengan telur kuning. Di samping tu naikkan suhu oven ke 180 degree.
6. Bakar selama 15 minit.

udang masak lemak cili padi



Bahan-bahan ( 4 orang )

1/2 kg udang galah, dibersihkan
10 - 15 tangkai kacang panjang, dipotong2 sepanjang 2 inci
10 biji belimbing buluh, dibelah dua
1 biji kelapa, diparut
Garam dan gula secukup rasa
1 helai daun kunyit, dikoyak2
BAHAN2 DIKISAR HALUS
6 biji bawang merah kecil
2 ulas bawang putih
3 biji cili merah
1 inci kunyit hidup
Belacan sebesar ibu jari

Cara-cara


1. Masukkan udang yg telah dibersihkan ke dalam periuk. Masukkan bahan2 kisar dan masak atas api perlahan utk 5 minit. Tujuan untuk mengecutkan udang bersama rempah. Matikan api.
2. Tuang 1 cawan air dan perah utk mendapatkan pati santan. Tuang lagi 1 1/2 cawan air dan perah untuk mendapatkan santan no.2. Ketepikan
3. Hidupkan api kembali, masukkan santan no.2 ke dalam periuk berisi udang. Bila mendidih, masukkan belimbing buluh, biarkan mendidih dan tuang santan pekat, masukkan juga kacang panjang dan daun kunyit, biar mendidih dgn api sederhana sambil dikacau selalu supaya tak pecah minyak.
4. Perasakan dgn garam dan gula secukupnya. Boleh dihidang bersama nasi putih, sambal belacan dan ulam-ulaman sebagai bahan sampingan.