Sunday, October 16, 2011

petua mak kita..


Assalammualaikum.

Alhamdulilah.. sebelum ni anum sisipkan pelbagai resepi menarik untuk dikongsi bersama kawan-kawan blogger.

kali ni anum postkan tentang petua mak yang selalu digunakan semasa di dapur..

1. Elak Bekas Dari Berbau

Bekas menyimpan makanan yang terlalu lama digunakan akan meninggalkan bau yang tidak enak. Atasinya dengan merendamkan beberapa helai suratkhabar di dalam bekas tersebut dan biarkan selama dua hingga tiga jam. Bau tersebut akan diserap oleh kertas tadi dan bekas tidak lagi berbau

2. Menghilangkan Hanyir Daging

Ada orang tidak makan daging kerana tidak suka bau hanyirnya. Cara mudah mengatasi masalah ini ialah basuh daging dengan menggunakan air basuhan beras. Basuh sehingga daging putih sedikit. Bau hanyir dan lendir daging juga akan hilang. Selamat mencuba

3. Halau Semut Dalam Gula

Letak sebilah pisau di bawah bekas yang berisi gula. Biarkan beberapa ketika. Insya-Allah semut akan berkumpul di satu tempat dan ini memudahkan kerja-kerja membuangnya. Oleh itu anda tidak perlu membuang semua gula yang dikerumuni semut. Selamat mencuba.

4. Cara Mudah Kopek Kulit Udang

Ada beberapa cara untuk memudahkan anda mengopek kulit udang.

* Campurkan sedikit garam ke dalam semangkuk air. Kemudian randam udang selama 10 minit. Kulit udang akan terbuka dengan sendirinya.

* Perahkan limau nipis ke dalam semangkuk air. Masukkan udang. Biar selama 15 minit.

* Rendam udang ke dalam air panas. Biarkan seketika.

5. Hilangkan Hanyir Ikan Darat

Untuk menghilangkan hanyir ikan darat (sungai) sebenarnya agak sukar berbanding ikan laut. Cara berkesan untuk mencucinya ialah dengan mengambil beberapa helai daun serai dan sedikit asam jawa. Ramas keduanya dan gaul bersama ikan. Perapkan beberapa minit kemudian bilas dengan air bersih. Pasti ikan tidak hanyir lagi.

6. Bersihkan Getah Nangka

Gulai lemak nangka sememangnya merupakan hidangan yang cukup menyelerakan. Tetapi permukaan dalam periuk yang digunakan untuk merebus nangka tersebut seringkali meninggalkan kesan getah nangka yang sukar untuk dicuci. Cuba gosokkan periuk tersebut dengan sedikit minyak masak dan cuci sehingga bersih. Hasilnya getah nangka akan hilang.

selamat mencuba..wassalammualaikum

Saturday, October 15, 2011

Sizzling yee mee



Bahan-bahan ( 2-3 org makan )

2-3 sanggul (gulung) yee mee
5 ulas bawang putih
5 biji cendawan shitake ( cendawan kering)- rendam sehingga agak lembut dan potong 4
1 keping dada ayam- potong mengikut citarasa
3 biji cili kering- potong 2
2 sudu besar sos tiram
3 sudu besar kicap cair
1 sudu besar kicap pekat
1/2 in halia- hiris nipis
Serbuk lada hitam
garam- secukup rasa
Beberapa titik Minyak bijan
1 sudu besar Tepung jagung- dibancuh dgn sedikit air
sedikit minyak utk menumis

Cara-cara

1. Tumis bawang putih, cili kering dan halia sehingga naik baunya.
2. Masukkan ayam yg telah potong sehingga agak empuk.
3. Masukkan 2 cawan air.
4. Masukkan pula sos tiram, kicap cair dan kicap pekat. Masukkan pula serbuk lada hitam. Biarkan mendidih.
5. masukkan cendawan serta sayur2 lain- tunggu 2-3 min.
6. Masukkan campuran tepung jagung dan kacau.
7. Titikkan minyak bijan beberapa titik-jgn banyak2...
8. Akhir sekali, masukkan yee mee- biarkan sebentar & hidangkan panas2.

tart telur



Bahan-bahan ( 30 keping )

PASTRY
200g butter
80g gula aising
360g superfine flour
1biji telur
1/2 sudu kecil esen vanila
FILLING :
1 cawan susu cair
4 biji telur
1 cawan gula
1 cawan air
1 sudu besar tepung kastard
1/2 sudu kecil esen vanila
pewarna kuning

Cara-cara

1. Pukul butter dan gula sampai kembang.
2. Masukkan telur sedikit demi sedikit.
3. Masukkan tepung sampai jadi doh.
4. Ratakan setebal 1/2 cm dan terap dalam acuan.
5. dengan garfu supaya tidak kembung. Dan bakar selama 10min pada suhu 180.
6. Keluarkan dan masukkan filling. Bakar lagi 10 min.
7. Untuk filling. Campurkan semua bahan dan gaul hingga sebati.

asam pedas nenas



Bahan-bahan ( 3 hingga 4 org )

3 - 4 ekor ikan kembong, kalau dpt yg segar, dibersihkan.
1 cawan cili kisar
3 ulas bawang putih*
6 biji bawang merah kecil*
1/2 cm halia *
1 keping hirisan lengkuas*
3 biji buah keras*
Belacan sebesar ibu jari (boleh juga diganti dgn kiub ikan bilis pada mereka yg alergi pada belacan)*
1/2 inci kunyit hidup*
1/2 camca teh garam kasar*(*dimasukkan ke dalam lesung batu dan tumbuk hingga betul2 lumat)
2 kuntum bunga kantan, dibelah 2
1 biji nanas sederhana besar, seelok2nya yg masak dan manis
1 camca besar asam jawa, dibancuh dgn 1 cawan air, ramas dan tapis jusnya
Sedikit gula dan serbuk perasa (jika suka)
Minyak untuk menumis

Cara-cara

1. Nanas dikupas kulitnya dan belah 4. Buang empulur dan potong menyerong setiap belahan. Ketepikan
2. Panaskan minyak dalam periuk (anggaran 1/2 cawan). Tumis bahan2 tumbuk hingga wangi. Masukkan cili kisar dan terus menumis hingga terbit minyak.
3. Masukkan nanas dan kacau goreng dalam rempah2 tadi sebentar. Tuangkan sedikit air (ini bergantung pada masing2). Biarkan mendidih dan masukkan ikan dan bunga kantan tadi.
4. Perlahankan api dan masukkan jus asam jawa dan biar mendidih. Rasa kuahnya. Jika kurang garam boleh lah ditambah dgn sedikit lagi garam. Masukkan sedikit gula dan serbuk perasa jika suka.
5. Biarkan mendidih 5 minit lagi dan boleh lah dimatikan api. Hidangkan bersama nasi panas dan ulam2 sampingan.

nasi ayam madu



Bahan-bahan ( 2 orang )

2 cawan beras
1/4 bawang besar
2 sudu mentega
sehelai daun pandan
2 kiub ayam
madu
kicap pekat
1/2 ekor ayam
1 sup bunjut adabi
sos tiram
1/2 sudu serbuk lada putih
1/2 inci halia
3 ulas bawang putih
[hiasan]
daun bawang
daun sup
bawang goreng
daun salad/timun

Cara-cara

1. Bersih ayam. Potong ikut suka
2. Tumbuk bawang putih dan halia. Tumis dengan sedikit minyak sehingga bawang jadi perang
3. Masukkan air, ayam, sup bunjut dan kiub ayam. Masaklah sehingga ayam masak
4. Untuk masak nasi, bersihkan beras. Ambik 2 cawan sup ayam tadi untuk masak nasi. Masukkan daun pandan. Masak seperti biasa.
5. Keluarkan ayam. Perapkan dengan madu, sos tiram dan kicap. Goreng dengan minyak penuh
6. Untuk sos kicap. Mayang bawang putih. Tumiskan sehingga naik bau. Masukkan kicap dan sedikit sup ayam tadi

agar-agar roti



Bahan-bahan ( 12 biji acuan pudding )

4 keping roti
2 biji telur
1/2 cawan susu pekat
1 tin susu cair (170ml)
8gram serbuk agar2
1/2 cawan gula - bleh kurangkn
2 sudu besar butter/marjerin (cairkan)
31/2 cawan air

Cara-cara

1. Didihkan air,serbuk agar2 n gula ke dalam periuk.
2. Blend roti,telur,susu pekat n susu cair. Kemudian masukkan dalam periuk agar2 yg sudah didih td.
3. Masukkan butter/marjerin dan kacau rata sampai agak2 pekat.
4. Tuang dalam acuan. Bleh la letak pewarna apa2 kat atas tuh dan lorek2kan dgn lidi.
5. Masukkan peti ais beberapa jam sebelum mkn...dah siap...
SeLaMat MeNcUbe....
Bleh juga mencube resepi yang baru dari adunan nih... Puding Roti Marble http://www.myresipi.com/top/detail/7998

sup pasta ringkas



Bahan-bahan ( 4 orang )

300 g pasta kerang, rebus hingga lembut, toskan dan gaul dgn sedikit minyak.
1 keping dada ayam, didadu*
1/2 camca teh serbuk lada hitam*
1/2 camca teh garam*(*disatukan dan perap 15 minit)
10 kuntum cendawan butang, belah 4 setiap satu
1 biji ubi kentang, didadu sederhana besar
2 liter air
2 kiub ayam "MAGGI"
1 camca teh serbuk lada hitam
Garam secukup rasa
BAHAN TUMIS:-
1 inci kayu manis
1 kuntum bunga lawang
4 kuntum bunga cengkih
2 biji pelaga
1 batang leek, dihiris halus
4 ulas bawang merah, dihiris halus
3 ulas bawang putih, diketuk
1 inci halia, diketuk
BAHAN HIAS:-
Bawang goreng
Hirisan daun sup/bawang
Hirisan cili padi (jika suka)

Cara-cara

1. Dalam periuk, panaskan 2 camca besar minyak dan masukkan kesemua bahan2 tumis dan tumis hingga wangi. Masukkan kentang dan cendawan, kacau goreng utk 1 minit. Tuang air dan masukkan kiub ayam. Biar masak atas api sederhana hingga kentang 3/4 empuk.
2. Kemudian masukkan ayam, serbuk lada sulah dan perasakan dgn garam secukupnya. Biar mendidih hingga daging ayam masak dan kentang empuk.
3. PENYEDIAN PASTA:- Dalam mangkuk, isikan pasta secukupnya, tuang kuah dgn isi2nya sekali dan hias dgn bahan hias sebelum dihidangkan. Jika tak tahan pedas tak payah bubuh hirisan cili padi tadi..
4. Penggunaan pasta tu terpulang pada kemahuan masing2, apa jenis pasta pun ok. Untuk kali nie mat cuba pasta bentuk kerang yg comel2 (dalam gambar tu pasta yg belum direbus....)